Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM serbu rumah, pejabat dan Pusat Khidmat EXCO

13 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, sekali lagi menyerbu rumah, pejabat dan pusat khidmat EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Sumber SPRM berkata, serbuan bertujuan mengumpul beberapa dokumen tambahan bagi membantu siasatan kes operasi kilang pemprosesan habuk kayu haram di Sungai Lembu, Penanti.

“Kita menyerbu kediaman beliau di Sungai Puyu, kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Ketika ini kita tangguhkan seketika serbuan di dua lokasi lagi kerana EXCO berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar di Kedah,” katanya kepada BH, hari ini.

Kelmarin, Boon Poh, 65, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, selepas lima pegawai suruhanjaya itu melakukan serbuan ke pejabat EXCO berkenaan di Tingkat 53 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), kira-kira jam 11.30 pagi.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 August 2017 4:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]