Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM siasat ketua CID Bukit Aman

6 MAC: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd sedang berhadapan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pembekuan akaun hampir RM1 juta oleh pihak berkuasa Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pemberi maklumat semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti individu itu yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Dengan maklumat terbaharu yang kami terima daripada pemberi maklumat itu semalam, kami akan memulakan satu siasatan secepat mungkin,” katanya yang dipetik.

Pada Jumaat lalu, Sydney Morning Herald memetik laporan polis Australia membekukan A$320,000 (RM970,000) dalam akaun “Goal Saver” Bank Commonwealth milik Najmuddin (foto) kerana disyaki kemasukan wang tunai mencurigakan dalam akaun itu yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011

Namun, Ahad lalu, Azam dilaporkan berkata pihaknya sudah menerima hasil siasatan dalaman polis yang membersihkan Najmuddin daripada sebarang salah laku.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 4:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: