Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM siasat sektor swasta jika ada laporan penyelewengan

4 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap akan menyiasat mana-mana individu tidak kira dari swasta atau kerajaan jika terdapat sebarang laporan yang dikemukakan.

Sehubungan itu, menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, semua pihak diminta untuk mengemukakan laporan tersebut segera jika mendapapti terdapat penyelewengan.

“Kita di SPRM tidak terikat untuk menyiasat mana-mana sektor, kerana penekanan yang diberi adalah sektor awam, namun demikian isu rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku di sektor swasta kita juga akan ambil tindakan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdialog bersama Biro Pelajar Luar Negara pada Majlis “Millenials Empowerment Summit 2017” (MES) di Hotel Seri Pacific.

“Kita harapkan rakyat Malaysia tampil ke hadapan untuk memberi maklumat kerana sektor swasta kita kurang maklumat yang diterima berbanding sektor awam.

“Sebab itu tindakan kita fokus kepada sektor awam berbanding sektor swasta, kita amat harapkan rakyat yang berada di sektor swasta terkesan dengan isu rasuah kerana sektor swasta juga kita boleh ambil tindakan,” ujarnya ditemui selepas program Rasional Memerangi Rasuah bersama mahasiswa dan pelajar-pelajar di sebuah hotel di ibu negara, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa siasatan tentang penyelewengan perlu dibuat secara menyeluruh termasuklah sektor swasta.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2017 5:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: