Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM: Siasatan FIC beli hotel bermula Isnin

15 JULAI: Siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) akan bermula Isnin ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata beberapa individu penting termasuk yang pernah disiasat berhubung Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan dipanggil.

“Berapa ramai individu atau siapa yang akan dipanggil kita tengoklah nanti.

“Buat masa ini kita tidak boleh dedahkan lagi,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri SPRM bersama penduduk kaum India di Kapar, Klang Sabtu.

Semalam, suruhanjaya itu dilaporkan sudah membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel yang dibuat antara tahun 2013 dan 2015.

Tegas Dzulkifli, siasatan itu bagi mengenal pasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 July 2017 9:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: