Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM tahan Inspektor dan 3 anggota polis

20 Mac: Seorang Inspektor dan tiga anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini dalam dua kes berasingan disyaki terbabit dengan salah laku rasuah.

Dalam kes pertama, suspek  berpangkat Inspektor dan seorang Koperal berusia 30 an ditahan kerana dipercayai meminta wang sogokan daripada peniaga-peniaga air ketum  sebagai wang perlindungan.

Antara suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Isnin.

Suspek pertama berpangkat Inspektor itu ditahan di Raub, Pahang manakala suspek kedua ditahan di Pulau Pinang.

Sumber berkata, kedua-duanya disyaki mengambil rasuah berjumlah antara RM2,000 antara RM3,500 daripada pengusaha air ketum yang  didakwa melanggar undang-undang mengikut seksyen 30 (3) Akta Racun 1952

“Perniaga berkenaan dipercayai memperoleh pendapatan bersih sehingga RM350 sehari dan sanggup untuk membayar wang perlindungan itu,” kata sumber itu.

Manakala dalam kes kedua, seorang Sarjan Mejar dan Koperal berusia 50 an ditahan di Kulim, Kedah kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan mereka dengan meminta wang sogokan daripada pengusaha-pengusaha lori.

Sumber itu mendedahkan, kedua-duanya disyaki mengambil rasuah berjumlah antara RM850 dan RM900 secara bulanan.

“Pengusaha-pengusaha lori diminta untuk membayar wang rasuah itu sebagai balasan supaya tidak dikenakan saman atas beberapa kesalahan lalu lintas,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi sebuah portal berita mengesahkan penahanan keempat-empat suspek itu.

“Kesemua mereka akan direman bermula esok untuk membantu siasatan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM ,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 8:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]