Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SPRM tahan lima lagi suspek

13 JAN: Lima lagi individu termasuk juruteknik Telekom Malaysia (TM) direman lima hari bagi membantu siasatan menyalah guna kuasa mengeluarkan kabel dari stor simpanan.

Kesemua suspek ditahan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dalam operasi antara jam 8 malam dan 10 malam tadi.

Empat suspek dalam kes mengeluarkan kabel milik TM  menggunakan dokumen palsu direman tujuh hari.

Sumber berkata, seorang juruteknik TM ditahan di ibu kota kerana disyaki bersubahat dengan kontraktor yang dilantik apabila mengemukakan 55 dokumen palsu untuk mengeluarkan kabel daripada stor TM.

“Suspek berusia 42 tahun itu yang ditahan SPRM dan direman selama lima hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, bermula hari ini bagi membantu siasatan. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ho Kwong Chin,” katanya.

Selain itu, baki empat lagi suspek direman selama tujuh hari di Mahkamah Seremban hari ini, bagi membantu siasatan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Emysuriana Ahmad.

Semalam, SPRM Negeri Sembilan menahan empat individu berusia 23 hingga 32 tahun itu selepas dipercayai bersubahat dengan kakitangan TM mengeluarkan kabel dari stor syarikat untuk dijual kepada sindiket.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani dilaporkan mengesahkan penahanan kelima-lima individu itu itu dan berkata mereka ditangkap susulan daripada 12 individu yang ditahan pada Rabu lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 2:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: