Kategori Berita Utama

SPRM terima senarai calon PRU untuk disemak

20 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kebiasaannya agensi itu hanya menerima senarai calon dari BN untuk disaring.

“Parti-parti pembangkang sering mengambil ringan terhadap perkara berkenaan.

“Terpulanglah kepada parti-parti yang ingin bertanding untuk menghantar senarai nama calonnya bagi disemak dan disaring,” lapor Kosmo.

Pada 30 Sept lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata BN sudah menghantar sebahagian calon untuk disaring oleh SPRM.

Tambah Dzulkifli, proses saringan penting untuk memastikan calon PRU-14 daripada semua parti politik bebas daripada penyelewangan dan rasuah.

Katanya, suruhanjaya tidak akan memaksa parti-parti terbabit untuk berbuat demikian.

“Sekiranya terima, kita bersedia untuk melakukan proses saringan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 November 2017 11:07 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: