Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SRC International: SPRM panggil Najib beri keterangan Selasa

18 MEI: Datuk Seri Najib Tun Razak diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung SRC International.

Pegawai SPRM telah menghantar satu notis memerintah bekas Perdana Menteri itu  hadir ke pejabat SPRM minggu depan.

Pegawai berkenaan dilihat memasuki kediaman Najib di Jalan Langgak Duta di sini dengan menaiki dua buah Proton Preve.

Notis memerintahkan hadir dikeluarkan mengikut Seksyen 30 Akta Pencegahan Rasuah 2009 dihantar sepasukan lapan pegawai SPRM hari hari ini.

Januari lalu, Pejabat Peguam Negara mengembalikan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan satu kertas siasatan membabitkan dana RM2.6 bilion kepada SPRM.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Katanya, berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, beliau sebagai pendakwa raya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berkait ketiga-tiga kertas siasatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 8:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: