Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Statistik jadi bukti betapa getir kendalikan Pemilihan UMNO 2013 – Presiden Umno

Proses pemilihan kepimpinan UMNO kali ini bukan mudah untuk dikendalikan dan statistik dalam beberapa aspek tertentu cukup untuk menggambarkan betapa besar cabaran yang terpaksa dihadapi, kata Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Statistik yang akan saya beritahu ini tertumpu kepada peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sahaja. Pertamanya adalah bilangan sukarelawan yang terlibat adalah seramai 20 ribu orang. Keduanya, ialah bilangan calon yang begitu besar jumlahnya iaitu seramai 33,012 orang” ujarnya.

UMNO berjaya tempuhi ujian getir pembaharuan ini dengan cemerlang - Najib

UMNO berjaya tempuhi ujian getir pembaharuan ini dengan cemerlang – Najib

Bilangan kertas undi yang dikeluarkan pula ialah sebanyak 110 ribu keping bagi pemilihan Pergerakan Wanita, 87 ribu keping untuk pemilihan kepimpinan Pemuda, serta 50 ribu kertas undi untuk pemilihan Puteri.

Di samping itu, sebanyak 572 pusat undi telah diwujudkan di seluruh negara perlu diuruskan.

“Cuba bayangkan betapa besarnya kerja yang terpaksa kita lakukan dari segi persiapannya, logistik, persediaan tempatnya, latihan, panduan, di mana menjadikan pemilihan kali ini begitu mencabar sekali.”

“Tetapi bak kata orang, ia berbaloi untuk kita menjadikan parti UMNO ini mendahului proses demokrasi yang terbuka sekaligus menjadi UMNO sebagai sebuah parti yang paling terkehadapan dalam proses demokrasi yang boleh dijadikan contoh oleh parti-parti yang lain,” tegas Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

Beliau turut menzahirkan kesyukuran dengan kelancaran perjalanan pemilihan UMNO 2013 ini dan memberikan penghargaan kepada Jawatankuasa Pemilihan yang diterajui Tan Sri Tajol Rosli Ghazali selaku pengerusi.

“Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Ibu Pejabat UMNO, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO yang telah membantu untuk memberikan segala sokongan bagi menjayakan pemilihan ini, begitu juga kepada Jawatankuasa Pengurusan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti,” ujarnya. – 12/10/2013

UMNO berjaya tempuhi ujian pembaharuan dengan cemerlang – Najib

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 October 2013 3:05 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: