Kategori Berita Antarabangsa

Stephen Hawking meninggal dunia

14 MAC: Saintis terkemuka dunia, Prof Stephen Hawking meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 76 tahun.

Laporan Agensi yang memetik kenyataan anak beliau Lucy, Robert dan Tim berkata bapa mereka menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga di Cambridge, England.

“Kami berasa amat sedih kerana bapa kesayangan kami meninggal dunia pada hari ini.

“Beliau adalah seorang saintis yang hebat dan seorang lelaki luar biasa yang mana legasinya akan kekal selamanya. Kami akan sentiasa merindui beliau” menurut kenyataan itu.

Hawking (foto) mula menggunakan kerusi roda pada 1969 selepas kawalan fizikalnya semakin lemah selepas didiagnosis dengan penyakit neuron motor (ALS).

Ia menyebabkan ahli Fizik itu lumpuh seluruh badan dan terpaksa berkomunikasi menggunakan alat sintesis suara yang berfungsi mengikut gerakan jarinya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 4:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: