Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Stesen kendalian Rapid Rail selamat dan bersih

29 DIS: Selepas menerima pengiktirafan pengurusan berkualiti, pengendali perkhidmatan LRT, MRT dan monorel memperolehi perakuan sebagai bersih dan selamat serta dilengkapi visual maklumat yang jelas.

Perakuan ini diberikan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang  menjalankan audit Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S ke atas stesen-stesen dan fasiliti-fasiliti untuk keempat-empat laluan rel urban kendalian Rapid Rail Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir Zohari Sulaiman (kanan) bersama selepas menerima sijil Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S  daripada MPC.

Dalam pemeriksaan yang diadakan semalam, pasukan audit itu memeriksa setiap laluan untuk aspek-aspek kebersihan, keselamatan dan pengurusan visual berdasarkan kepada prinsip-prinsip antarabangsa 5S – Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke; ataupun prinsip-prinsip Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal dalam Bahasa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Zohari Sulaiman mengucapkan syabas kepada semua warga kerja Rapid Rail yang bersama-sama dalam satu pasukan sehingga pengiktirafan dan pensijilan Sistem Amalan Persekitaran Bersih & Berkualiti (QE/5S) daripada MPC dan juga International Certificate of ISO9001: version 2015 daripada SIRIM QAS International.

“Kedua-dua persijilan ini sebenarnya diraih pada hari yang sama, pada tanggal 28 Disember, yang pastinya akan tercatat sebagai satu hari yang cukup bersejarah untuk Rapid Rail,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 December 2017 6:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: