Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Stesen minyak dibaling bom petrol

17 JAN: Dua pekerja sebuah stesen minyak di Kota Samarahan berjaya menyelamatkan premis berkenaan daripada terbakar selepas dilempar bom petrol pada tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 12.07 tengah malam itu, dua lelaki bermotosikal datang ke stesen minyak berkenaan.

Sebaik menghampiri mesin pam, pembonceng dikatakan menyalakan sumbu bom petrol yang diletakkan dalam sebuah botol dan melemparkannya sebelum memecut lari.

Melihat api menyala dekat dengan pam itu, dua pekerja segera menyembur debu kering dan berjaya memadam api sebelum menyambar mesin pam berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sebaik menerima panggilan pada jam 12.07 tengah malam, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi.

“Berikutan kebakaran sudah berjaya dipadam, pihak bomba hanya membuat pemantauan untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran,” katanya.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 January 2018 11:24 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: