Kategori Berita Utama

KPDNKK terima aduan stesen minyak sengaja sorok minyak

7 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengesahkan menerima beberapa aduan daripada pengguna berhubung tindakan beberapa stesen minyak yang menutup awal pada malam Rabu.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan tindakan tegas dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 akan diambil terhadap pengusaha stesen minyak ini jika didapati mereka dengan sengaja menyorok bahan bekalan api itu.

“Ada Aduan yang kita terima tapi tidak banyak. Bila saya dapat aduan daripada beberapa pengguna kita telahpun buat siasatan dan kita semalam saya telah bertemu dengan persatuan pengusaha stesen minyak dan minggu depan saya akan berjumpa dengan syarikat minyak dan kita akan ambil tindakan kalau terbukti mereka melakukannya iaitu menyorok minyak.

“Ini merupakan satu kesalahan jika sesiapa didapati menyorok produk-produk terkawal seperti itu akan diambil tindakan,” katanya kepada media selepas merasmikan World Food Festival di Lulu Hypermarket, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah Hamzah pengusaha stesen minyak yang didapati bersalah mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga minyak tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Mstar Online tentang keluhan beberapa pengguna yang kecewa apabila mendapati stesen minyak yang sering dikunjungi ditutup seawal 9 malam pada Rabu namun dibuka semula pada 12 tengah malam.

Mereka mendakwa penutupan itu disengajakan disebabkan peniaga mahu mendapat untung lebih sebaik sahaja harga petrol RON95 dan RON97 diumumkan naik empat sen dan harga diesel pula naik tujuh sen berkuatkuasa pada Khamis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 July 2017 5:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: