Kategori PRK DUN Kajang N25

Straight fight dua iron lady di PRK Kajang

11 MAC: Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang menyaksikan pertembungan  straight fight antara calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ini ibarat pertandingan dua iron lady kerana masing-masing dilihat mempunyai kewibawaan dengan Wan Azizah dahulu meletak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh kerana memberi laluan kepada Anwar manakala Mei Fun pula melepaskan jawatan dalam MCA kerana menentang Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terpalit isu moral.

Selepas penamaan tutup jam 10 pagi dalam proses penamaan calon di Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Selasa hanya mereka berdua menyerahkan borang pencalonan.

calon255Wan Azizah dicalonkan pada saat-saat akhir selepas calon awal Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan apabila disabit kesalahan meliwat Mohd Shaiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini berhasrat bertanding juga menarik diri selepas Wan Azizah diumumkan menggantikan Anwar bertanding di situ.

Lebih 4 ribu penyokong BN dan lebih 1000 penyokong PR hadir mengiringi calon masing-masing.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari calon256lalu, untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

calon252Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK tersebut, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.

Manakala anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil ini ialah RM1.6 juta.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2014 10:53 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: