Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Struktur binaan runtuh akibatkan 3 pekerja cedera

13 MEI: Tiga pekerja cedera selepas sebahagian struktur bangunan yang dalam pembinaan di Jalan Kia Peng Ibu Negara runtuh petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiga pekerja warga asing melakukan kerja pembinaan sebelum sebahagian struktur di tingkat lapan tiba-tiba runtuh.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata runtuhan di tingkat lapan itu menyebabkan struktur binaan di bawahnya turut roboh hingga ke tingkat tiga.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.19 petang, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLCC diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Syed Nor Kamal Syed Nor Hussin dihantar ke lokasi.

“Ketika pasukan tiba di sana, tiga mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk dirawat dan anggota membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa lain terbabit dalam kejadian itu.

“Anggota bomba turut membuat pemeriksaan di tempat kejadian untuk memastikan kawasan runtuhan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati struktur pembinaan berkeluasan kira-kira 148 meter persegi itu runtuh berikutan binaan konkrit dan alang bangunan yang tidak kukuh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 May 2017 11:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: