Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Suami bingung KWSP isteri tertera nama lelaki lain

9 NOV: Seorang warga emas dalam keadaan kebingungan berikutan nombor akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik isterinya dikongsi seorang pencarum lelaki.

Yong Kim Leong berkata kejadian itu disedari isterinya, Tan Swee Gek, 55, semasa mengemas kini akaunnya di KWSP Kajang, Selangor pada 1 November lalu.

Malah, dia yang juga Ketua Kampung Broga mendakwa penama waris dalam akaun KWSP isterinya itu juga tertera nama lelaki berkenaan sedangkan sebelum ini isterinya meletakkan namanya dan anak lelakinya sebagai waris.

“Pihak KWSP sudah meminta isteri saya untuk mengisi borang pindaan maklumat ahli. Jadi saya berbincang dengan isteri saya untuk keluarkan semua simpanan memandangkan umur isteri sudah mencapai 55 tahun.

“Namun ia tidak dibenarkan pegawai KWSP memandangkan terdapat satu lagi nama lain. Buntu dengan keadaan ini saya berjumpa dengan MCA Bahagian Seremban untuk meminta bantuan,” katanya di Wisma MCA Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Seremban, Siow Koi Voon berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Datuk  Lee Chee Leong yang juga Naib Presiden MCA bagi membantu pasangan itu.

“Pada Selasa lepas, saya dimaklumkan kemungkinan perkara itu terjadi ketika proses pengisian data peribadi pelanggan di dalam komputer.

“Bagaimanapun kami akan bantu selesaikan perkara ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2017 6:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: