Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Suami isteri mati tersepit dalam kereta

3 JUN: Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Kampung Serdang, Kulim pada petang tadi.

Dalam kejadian jam 3 petang,  mangsa, Razak Shaari, 66, dan isterinya, Robiah Mat Saman, 54, dari Padang China meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit dalam kereta Proton Wira dinaiki mereka.

Gambar fail berkenaan kemalangan maut.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.16 petang dan tiba dilokasi 10 minit kemudian.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori dan empat kereta dan didapati dua mangsa tersepit dalam kereta jenis Proton Wira, disahkan meninggal dunia.

“Sementara mangsa lain dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Kulim,” katanya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 June 2017 8:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: