Kategori Berita Utama

Suara 11 ahli BNBBC bakal bergema dalam MT UMNO

2 DIS :Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa usaha mentransformasikan UMNO gagal kerana kurang penglibatan daripada golongan muda, profesional dan agama, nyata telahan itu silap.

Transformasi yang berlaku dalam UMNO kini telah membuka ruang luas terutamanya kepada golongan profesional dan agama untuk menempatkan diri dalam arena politik tanah air.

Pelantikan individu daripada pelbagai latar belakang oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi melengkapkan barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baharu membuktikan transformasi mula mengambil tempat dalam UMNO.

drlatifahmad1

Dr LATIFF

Bung Mokhtar Mereka yang bukan ahli politik yang dilantik adalah  Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Dr. Asyraf Wajdi Dasuki dan Ustaz Mohammad Kazim Elias

Pelantikkan Ustaz Kazim Elias pastinya mengundang gerun kepada pihak lawan terutamanya PAS yang selama ini tidak memberi sebarang pengiktirafan kepada ahlinya itu.

BUNG MOKHTAR...tak akan biar serangan terhadapnya di alam siber jejaskan fokus tegakkan integriti.

BUNG MOKHTAR

Belum lagi menerima jawatan tersebut, Ustaz Kazim telah teruk diserang oleh penyokong-penyokong pembangkang dengan pelbagai label yang mengaibkan beliau sebagai pendakwah.

Bagaimanapun, Ustaz Kazim telah menetapkan beberapa syarat sebelum beliau bersetuju untuk menerima jawatan tersebut iaitu harap pendapat beliau diterima apabila bersuara dalam UMNO, mahu memberi nasihat dan bimbingan agama Islam menerusi platform politik dan mahu terus dibenarkan berdakwah.

Dengan syarat yang telah ditetapkan itu, ahli-ahli UMNO perlu bersikap positif kerana transformasi bukan sahaja kepada berapa  ramai jumlah golongan profesional dan agama yang menyertai UMNO tetapi kesediaan ahli dan barisan kepimpinan sedia ada untuk berubah juga memainkan peranan.

Selain itu, mungkin ramai tidak menyedari 11 ahli BNBBC turut menggalas cabaran dalam barisan MT penggal baru 2013-2016.

Sembilan daripada mereka memenangi jawatan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti September lalu.

Mereka adalah ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Rahim, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Rompin), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Azlina Othman (Pengerang), Datuk Dr Abdul Latiff  Ahmad (Mersing), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsuddin pula menang jawatan Ketua Puteri UMNO manakala dua muka baru dilantik MT yang diumumkan Jumaat adalah ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Ghani dan Datuk  Irmohizam Ibrahim.

Ini transformasi politik yang nyata kerana sebelum ini kebanyakkan ahli MT adalah kalangan menteri dan timbalan.- bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2013 12:02 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: