Kategori Kolum Ahli Parlimen

Suara pendokong Comango tak layak dihormati

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya, melihat terdapat agenda tersembunyi dibawa individu yang berkaitan disebalik tuntutan dibawa oleh COMANGO terutamanya melibatkan mereka yang mempunyai kaitan dengan barisan pemimpin pembangkang di negara ini.

Beliau secara peribadi tidak menolak individu yang mendokong perkara yang dikatakan sebagai ‘hak asasi manusia’ itu sebagai cara untuk melindungi individu-individu terbabit dengan tuntutan kebebasan yang dibawa kumpulan berkenaan.

Shabudin menambah, keterlibatan mereka dengan isu ini jelas menunjukkan sikap tidak menghormati perlembagaan negara dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

“Dalam hal ini saya melihat golongan ataupun pihak-pihak yang menyokong COMANGO ini bila kita mengkaji latar belakang masing-masing, mereka ini kebanyakannya adalah orang yang mempunyai kaitan dengan perjuangan politik parti pembangkang di Malaysia.

datukshahbudinyahya

SHABUDIN

“Dan mungkin ini ada kaitan dengan beberapa pembelaan kes-kes tertentu yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertentu mereka. Dalam hal ini, kalau kita melihat perjuangan mereka tadi yang kita katakan tidak diasaskan kepada perlembagaan ataupun agama, tetapi asas dia kembali kepada perjuangan untuk membela situasi-situasi atau pihak-pihak tertentu, itu dia punya keadaannya.

“Saya rasa mereka telah pun mengambil satu langkah yang sebenarnya tidak mempunyai kepentingan rakyat sebaliknya apa yang mereka perjuangkan itu untuk kepentingan perasaan dan juga cita-cita mereka sahaja,” katanya kepada BNBBC.

Beliau yang dilihat kecewa dengan isu tuntutan ini menjelaskan bahawa perkara ini sebenarnya melampaui perlembagaan negara dan agama yang seharusnya dihormati dan difahami oleh seluruh rakyat.

“Dalam hal ini mereka langsung tidak menghormati prinsip beragama, sedangkan dalam masa yang sama mereka cuba membawa satu nilai dalam hidup sejagat in,i nak keadilan dan sebagainya sedangkan nilai yang ada dalam agama itu tidak dihormati.

“Mereka tak hormati nilai orang lain, tapi mereka mahu menuntut keadilan, jadi ini satu ‘double standard’ yang amat memalukan yang dibawa oleh COMANGO. Macam itu juga kalau kita tengok, kita ada Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan kita ini telah meletakkan kedudukan agama Islam, telah meletakkan kedudukan raja-raja Melayu, telah meletakkan kedudukan hak-hak khusus untuk bumiputera.

“Sepatutnya daripada mereka memperjuangkan hak asasi yang tak ada batas sempadan, lebih baik mereka menghormati undang-undang perlembagaan negara mereka sendiri. Kerana kita ini kalau kita tidak ada undang-undang atau perlembagaan, kita tidak akan dihormati dan kita tidak akan berdaulat.

“Jadi mereka ini tidak faham tentang erti daulat, mereka cuba menjadikan semua perkara jadi global, semua perkara ini nak disama ratakan seluruh dunia,” jelasnya.

Menurut beliau, pihak yang menyokong tuntutan ini tidak layak dihormati ekoran sikap pentingkan diri sendiri dan melanggar hukum alam yang menjadi panduan hidup bagi manusia di seluruh dunia.

Jelas beliau berhasrat untuk menyampaikan sisi keburukan yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat agar memahami perjuangan yang dibawa COMANGO ada salah disisi agama mahupun undang-undang negara serta hukum alam yang telah ditetapkan Allah SWT.

“Jadi tak boleh kita nak liberalkan semua perkara, mereka mengagungkan kehidupan orang-orang di Eropah di barat yang mengatakan demi kebebasan orang lelaki boleh berkhawin dengan orang lelaki. Ini satu tabiat yang gila, yang diluar daripada tabii manusia. Jadi kalaulah dikatakan menghalakan pernikahan lelaki dengan lelaki pun, ini satu tabiat yang gila dan diluar tabii kemanusiaan.

“Jadi kenapa kita perlu hormat kepada orang-orang kumpulan COMANGO ini sedangkan mereka sendiri tak pernah menghormati nilai-nilai kemanusiaan. Mereka nak tuntut hak asasi manusia, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak pernah menghormati nilai-nilai kemanusiaan yang dijadikan oleh tuhan.

“Mereka jadi satu golongan yang pelampau, Allah sudah tetapkan cara hidup yang sepatutnya tetapi mereka melampaui ketetapan tersebut. Dan kalau mereka ini daripada golongan tidak beragama pun, sepatutnya mereka perlu berfikir tentang lumrah alam (natures), kalau mereka tidak berpegang kepada nilai agama mereka kena berpegang kepada nilai lumrah alam yang orang lelaki suka kepada orang perempuan dan sebaliknya, bukan orang lelaki suka pada lelaki dan orang perempuan suka kepada orang perempuan, itu secara fizikalnya pun sudah ada penolakan malah secara spiritual,” katanya.

Dari aspek perundangan pula, beliau berhasrat untuk kerajaan bertindak secara tegas untuk menyatakan pendirian dan juga pelaksanaan secara undang-undang yang dapat mengekang apa juga aktiviti yang membatasi norma-norma kehidupan sebagai seorang manusia.

“Pada peringkat awal saya amat mengharapkan kerajaan dapat melalui peraturan dan bidang kuasa yang ada dapat membuat sekatan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh NGO yang berkenaan.

“Dan sekiranya mereka melanggar juga, maknanya kita tidak mempunyai pilihan, jadi kerajaan dan rakyat mengharapkan kerajaan mengenakan tindakan tanpa kompromi mengikut peraturan-peraturan yang ada kepada pihak berkenaan supaya mereka tahu di mana langit yang dijunjung dan di mana bumi dipijak,” katanya lagi mengakhiri temubual bersama BNBBC. -1/12/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 November 2013 10:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: