Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Subramaniam arah kesan 90,000 ahli MIC belum daftar

15 MEI: Kira-kira 90,000 daripada 570,000 ahli MIC di seluruh negara masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi.

Presidennya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata jumlah itu dianggap besar dan semua cawangan MIC diminta mengesan ahli masing-masing serta mendaftarkan mereka sebelum Jun ini.

“Kita dapati MIC Selangor menunjukkan bilangan paling ramai ahli yang tidak berdaftar dengan SPR. Program kempen daftar pengundi anjuran MIC Bahagian Klang pada hari ini adalah contoh yang baik kepada cawangan lain.

“Semua cawangan MIC mesti kesan ahli yang belum menjadi pengundi dan ini adalah sebahagian daripada penanda aras prestasi MIC setiap negeri,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Pendaftaran Pengundi MIC Bahagian Klang pada Ahad.

Hadir sama Naib Presiden MIC yang juga Ketua MIC Bahagian Klang, Datuk Seri S A Vigneswaran.

Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, kaum India perlu memberi kemenangan selesa kepada MIC dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang demi memastikan Kerajaan Persekutuan yang kuat dapat dibentuk.

“Kerajaan yang lemah akan menyukarkan kita merangka dan merancang usaha membantu masyarakat India.

“Kerajaan Persekutuan sudah pun ada pelan tindakan khusus kepada masyarakat India, merangkumi transformasi teras pendidikan, ekonomi, kebajikan dan identiti masyarakat India,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 May 2017 10:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: