Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Subramaniam tidak pertahan jawatan Presiden MIC

16 MEI: Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden MIC pada pemilihan parti yang dijadual Oktober ini.

Keputusan tersebut ekoran kekalahan komponen Barisan Nasional (BN) itu dalam PRU 14 yang menyaksikan MIC hanya memenangi dua daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya.

“Saya tidak akan bertanding tetapi berharap lebih ramai ahli dalam kalangan generasi muda akan mengambil bahagian dalam pemilihan parti kali ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Subramaniam, yang menggantikan Datuk Seri G. Palanivel pada 2015, berkata parti itu akan mengadakan ‘post-mortem’ berhubung PRU14 bagi mengkaji kelemahan dan melihat semula bagaimana untuk parti berusia 71 tahun itu kekal relevan kepada masyarakat India di negara ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 12:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: