Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sukarelawan DAP dituduh curi wang ceramah

18 MEI: Seorang sukarelawan DAP, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas tuduhan mencuri wang hasil kutipan ceramah parti berjumlah lebih RM35,000 minggu lalu.

Tertuduh, Chung Siew Kim, 41, yang juga peniaga dalam talian, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nurshahirah Abdul Salim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM34,428.45; dua keping cek bernilai masing-masing RM500 dan RM75; Baht Thai 100 (RM12) dan AS $1 RM4) di Pejabat DAP di Damansara Utama pada jam 4 petang, 9 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda, dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh dihukum penjara dengan denda atau sebat.

Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 2:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: