Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sukarelawan PKR direman 2 hari

11 JUN: Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini membenarkan perintah tahanan reman selama dua hari yang bermula hari ini terhadap Gerald Tang yang merupakan sukarelawan INVOKE dikendali Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Perintah reman yang dibuat pada petang tadi itu adalah susulan Tang (foto) ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam semalam selepas dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kehilangan surat dan dokumen dari peti surat di Taman Molek, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Jokhiri Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata Tang disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sukarelawan itu dikatakan membantu INVOKE dalam mendapatkan pengesahan lokasi perniagaan Godfrey Group Ltd, yang didakwa terbabit menyediakan khidmat kepada pelobi bagi hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat.

Sementara itu peguam kepada Tang, iaitu Jimmy Puah dilaporkan berkata polis akan memaklumkan sama ada anak guamnya akan dibebaskan selepas reman tamat besok atau didakwa di mahkamah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2017 10:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: