Kategori Berita Utama

Sultan Johor akui terasa dengan kenyataan Dr Mahathir

24 NOV: Sultan Johor melabelkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina kaum Bugis seperti mahu memecah belah perpaduan kaum di negara ini.

“Saya terasa juga. Saya keturunan Bugis, Sultan Selangor keturunan Bugis, Rakyat Johor banyak keturunan Bugis.

“Asal usul saya pun dari Riau Lingga. Banyak Bugis. Apa rasa orang Bugis,” Sultan Ibrahim Iskandar.

Baginda mengulas ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sept lalu yang mengelar masyarakat Bugis sebagai lanun.

Titah baginda, perasaan hormat menghormati sepatutnya diterapkan oleh semua rakyat negara ini.

“Cuba saya kata orang Cina perompak. Terasa tak semua Cina? India pembunuh? Terasa orang India.

“Ini yang saya kata balik semula memecahbelahkan. Membuatkan kaum sesama kaum membenci,” lapor BH online.

Pada 3 November lalu, Sultan Selangor menerusi kenyataan dikeluarkan Dewan Diraja negeri, murka dengan ucapan Dr Mahathir dalam satu perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu.

Sementara itu, mengenai pemimpin Melayu serta rakyat jelata, Sultan Ibrahim juga mengesa semua bermuafakat untuk mengelak perpecahan.

“Itu yang saya kata dari dahulu, hadiah yang paling istimewa sekali kalau rakyat hendak bagi kepada saya hendak rakyat kita bersatu. Tidak ada lain yang saya minta,” titah baginda lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 November 2017 11:30 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: