Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Datuk Bandar,YDP Majlis Daerah diminta tidak terlibat politik

26 FEB: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan Datuk Bandar dan semua Yang Dipertua Majlis Daerah negeri ini supaya tidak terlibat dalam politik.

Ini kerana, titah baginda, sebagai penjawat awam, mereka semua mempunyai tanggungjawab bersama-sama memajukan negeri Johor serta kawasan pentadbiran masing-masing di samping mengutamakan masalah rakyat.

“Anda semua adalah penjawat awam negeri Johor (JCS) dan perlu sentiasa memberi tumpuan kepada soal pentadbiran serta penguatkuasaan. Jangan terlibat atau campur dalam politik.

“Tumpukan perhatian pada kawasan pentadbiran masing-masing termasuk soal keindahan, kebersihan, pemasangan papan tanda. Jika ada pelan pembangunan projek dikemukakan sila teliti secara terperinci,” titah baginda dalam entri terbaharu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian semasa mengadakan pertemuan selama satu jam dengan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis Daerah di Kelab Polo Diraja Johor, Istana Pasir Pelangi.

Pada pertemuan itu, Sultan Ibrahim turut mengarahkan mereka mengemukakan laporan mengenai keindahan setiap daerah selain meminta mengemukakan cadangan pembangunan serta kemajuan negeri kepada baginda dalam masa terdekat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2018 5:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: