Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sultan Johor rasmi pesta Chingay

8 MAC: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat menghadiri  Festival Perarakan Chingay 2018 di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.

Ketibaan baginda pada jam 8.30 malam tadi, disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin.

Sultan Ibrahim kemudian berkenan menyempurnakan simbolik perasmian perarakan dengan mengetuk gendang di pentas utama.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Presiden Persatuan Tionghua Johor Bahru, Datuk Seri Tey Kim Chai.

Laporan sebuah portal yang memetik pihak penganjur berkata lebih 50,000 pengunjung, termasuk rakyat Johor dan pelancong hadir menyaksikan festival berkenaan.

Perarakan sepanjang 10 kilometer bermula dari Kuil Xing Hong di Jalan Ulu Air Molek dan berakhir di Kuil Kuno di Jalan Trus hasil kerjasama lima komuniti Tionghua terdiri daripada Hainan, Kantonis, Hakka, Hokkien dan Teochew.

Festival Perarakan Chingay adalah acara kebudayaan masyarakat Cina di Selatan tanahair sejak tahun 1870.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 11:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: