Kategori Berita Utama

“Sultan Melaka” terpaksa “bersemayam” di lokap tiga hari lagi

18 JAN: “Sultan Melaka” terpaksa “bersemayam” di lokap selama tiga hari lagi apabila tempoh reman ke atasnya disambung selama tiga hari lagi mulai Ahad.

Polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka untuk menyambung tempoh tahanan reman terhadap ahli perniagaan, Noor Jan Tuah pada Sabtu bagi membantu siasatan kes dia mendakwa dirinya waris “Sultan Melaka”.

Noor Jan Shah ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka Rabu lalu untuk mendapat perintah tahanan reman selama empat hari. Tempoh reman beliau hari ini diilanjutkan tiga harii lagi mulai esok hingga Selasa.

Noor Jan Shah ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka Rabu lalu untuk mendapat perintah tahanan reman selama empat hari. Tempoh reman beliau hari ini diilanjutkan tiga harii lagi mulai esok hingga Selasa.

Perintah melanjutkan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah V. Kanasan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948.

Noor Jan, 57, ditahan pada jam 10.50 pagi Selasa lalu di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk menyambut Maulidur Rasul dan melakukan aktiviti bersama ‘pengikutnya’.

Polis kemudiannya mendapat kebenaran Mahkamah Majistret menahan reman lelaki itu selama empat hari pada Rabu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 January 2014 12:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: