Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sultan Pahang sihat, berehat di IJN

19 JAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dan keadaan baginda dilaporkan sihat.

Sultan_Ahmad_Shah“Tuanku Sultan Pahang sihat walafiat, Tuanku istirehat (di sana) sebab rekod perubatan Tuanku ada di IJN,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada agensi Bernama di sini Ahad.

Kesihatan Sultan Ahmad Shah menjadi tanda-tanya berikutan penyebaran sekeping gambar baginda ketika sedang mendapatkan rawatan di IJN disebarkan di laman-laman sosial seperti Facebook sejak Jumaat lepas.

Adnan juga berharap semua pihak menghentikan penyebaran gambar tersebut di mana-mana media sosial.

“Saya berpendapat tidak perlulah dikongsi gambar Tuanku di IJN di Facebook dan blog kerana kita kena hormati hak peribadi seseorang, apatah lagi hak peribadi seorang sultan,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 January 2014 5:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: