Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sultan Pahang ziarah, zahir simpati kepada keluarga mangsa MH370

17 MAC: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Isnin berkenan mencemar duli melawat ahli keluarga penumpang pesawat MH370, yang ditempatkan di Hotel Everly, di Sepang.

Baginda menzahirkan simpati terhadap anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masih belum ditemui dan meminta anggota keluarga terlibat supaya bersabar serta terus berdoa semoga operasi mencari dan menyelamat dipermudahkan Allah SWT.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menanyakan sesuatu kepada anggota keluarga Selamat Omar, 60, bapa kepada Mohd Khairul Amri Selamat, 29, salah seorang penumpang pesawat MH370.

Sultan Ahmad Shah menanyakan sesuatu kepada Selamat Omar, 60, bapa kepada Mohd Khairul Amri Selamat, 29, seorang daripada penumpang pesawat MH370.

“Kedatangan saya ke sini, untuk berjumpa keluarga yang ‘kehilangan’ suami, isteri dan anak. Saya telah nyatakan kita sedang mencari di mana kapal terbang berada. Kita tidak tahu sama ada masih di udara atau di mana-mana juga.

“Saya menasihatkan mereka supaya banyak bersabar. Kita mohon kepada Allah SWT untuk menunjukkan (petunjuk) kepada kita.

“Insya-Allah, mudah-mudahan dapat dijumpai,” titah baginda kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira sejam bersama anggota keluarga terbabit.

Sultan Pahang turut memohon supaya pelbagai pihak terlibat untuk terus menjaga kebajikan anggota keluarga penumpang MH370 bagi meredakan kesedihan mereka.

Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: