Kategori Berita Utama

Sultan Selangor: Sivarasa, you have crossed the line!

2 JUN:  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terus menampilkan rasa kemurkaan terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, berceramah politik dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, Shah Alam pada 24 Mei lalu dengan bertitah bahawa sudah melampaui batas.

Menurut baginda, wakil rakyat PKR itu dan pemimpin politik lain sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. sudah diingatkan supaya masjid tidak dijadikan tempat berpolitik

“Beta tidak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap di dalam masjid kerana beta tidak mahu ia menjadi punca kepada perpecahan umat Islam. Namun teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, ‘You have crossed the line!’.

“Jikalau Ahli Parlimen Subang itu hendak berucap lapan jam atau sepuluh jam di luar dari kawasan masjid, beta tidak menghalangnya, itu semua terserah kepada rakyat sama ada mahu mendengar ataupun tidak, tetapi jangan sama sekali berucap di dalam masjid dan di dalam kawasan masjid,”  demikian titah baginda lagi

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Masjid An Nur Temasya Glenmarie, Shah Alam sebentar tadi.

Yang turut berkenan hadir Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim.

Pada masa yang sama, baginda menegaskan bahawa nazir masjid, imam dan ahli jawatankuasa masjid sepatutnya lebih peka dan mengambil berat terhadap titah baginda

“Beta memberi kuasa kepada nazir, imam dan ahli jawatankuasa masjid untuk menjaga rumah Allah dan kemuliaan masjid. Maka gunakanlah kuasa ini dengan sebaik-baiknya.

“Jika ada antara nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid yang hendak aktif berpolitik di masjid, beta titahkan supaya berhenti daripada menjadi nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid dan serahkan tanggungjawab itu kepada orang lain,” titah baginda.

Sultan Selangor juga memberi amaran tidak teragak-agak menitahkan JAIS supaya menamatkan perkhidmatan nazir, imam dan ahli jawatankuasa masjid yang melanggar serta tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Dalam kes masjid An-Nur Kampung Melayu Subang ini, beta mahu supaya JAIS menyiasat dengan terperinci dan sekiranya ada bukti yang ahli jawatankuasa masjid melanggar peraturan yang sedia ada, tindakan selanjutnya hendaklah diambil terhadap mereka selepas Ramadan,” titah baginda.

Selasa lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa murka dengan tindakan Sivarasa memberi ceramah di ruang solat Mmasjid berkenaan.

Titah baginda itu dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit kepada Tuanku, Datuk Munir Bani kepada Pengarah JAIS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 June 2017 7:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: