Kategori Berita Utama

Polis jejak sumber “Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember”

18 DIS: Polis sedang menjejaki sumber asal poster “Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember” yang sedang tersebar di alam siber sejak Selasa.

Dalam langkah awal siasatan, seorang individu yang gambarnya tertera dalam poster berkenaan yang menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai “Himpunan Guling Kerajaan” di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, untuk segera tampil membantu siasatan.

DIKEHENDAKI - Imej lelaki dalam poster yang tersebar di internet yang diminta oleh Ketua Polis Negara tampil membantu siasatan.

DIKEHENDAKI – Imej lelaki dalam poster yang tersebar di internet yang diminta oleh Ketua Polis Negara tampil membantu siasatan.

Poster berkenaan yang menampilkan wajah seorang lelaki berkaca mata hitam dan mengikat kain berwarna kuning di kepala, dikesan tersebar di internet sejak 3 hari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap individu pemilik wajah yang paling jelas tertera dalam poster berkenaan dapat menyerah diri secepat mungkin.

“Kita perlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain.

“Kita perlu memastikan perkara ini terlebih dahulu kerana sejauh mana kesahihan seruan memanggil anak-anak muda menyertai himpunan tersebut belum diketahui,” kata KKhalid selepas Majlis Penyerahan Cek Derma Pengajian Anak-anak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM30,000 daripada Persatuan Komuniti Korea di negara ini.

Cek itudisampaikan melalui Duta Korea ke Malaysia, Cho Byung Jae, Rabu.

POSTER yang bermotif menghasut

POSTER yang bermotif menghasut

Khalid menegaskan, polis memandang serius perkara berkenaan kerana jika ia (himpunan itu) benar, mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya lagi, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

Satu laporan polis juga dibuat semalam dan pihaknya sudah mengambil langkah-langkah proaktif berhubung perkara itu, katanya.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan atau perkara yang cuba dilakukan pihak penganjur.

“Kita melihat perkara ini sebagai satu ancaman serius kepada negara. Kita akan pantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut diminta menghubungi Asisten Superintendan N Krishnamoorthy di talian 03-22666178 atau 019-29992694 bagi membantu siasatan.-bnbbc.my

SATU LAGI poster yang turut disiasat polis bagi tentukan kesahihan serta kenalpasti sumber/penganjurnya.

SATU LAGI poster yang turut disiasat polis bagi tentukan kesahihan serta kenalpasti sumber/penganjurnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 December 2013 12:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: