Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sungai di Pahang lepasi amaran banjir

1 JAN: Sungai Tembeling dan Sungai Belat di Pahang dilaporkan melepasi tahap jingga atau amaran yang mendedahkan kawasan rendah dilimpahi air.

Berdasarkan laman infobanjir.water.gov.my pada jam 10 pagi tadi, paras Sungai Tembeling melepasi tahap amaran, iaitu 66.10 meter (68.00 meter bagi paras bahaya), manakala Sungai Belat sebanyak 4.21 meter (5.00 meter bagi paras bahaya).

Selain itu, bacaan air Sungai Kuantan turut menunjukkan melebihi paras waspada atau kuning iaitu 5.48 meter (6.40 meter bagi paras waspada).

Sementara itu, paras air Sungai Pahang, Pekan ialah 1.35 meter melebihi paras normal satu meter dan Sungai Ikan, Cameron Highlands pula merekodkan bacaan 1273.10 meter (normal 1,277.34 meter).

Paras air Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran merekodkan bacaan 14.94 meter juga melebihi paras normal (14.00 meter) dan Sungai Triang, dekat Bera 31.18 meter (paras normal 31.00 meter).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 January 2018 12:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: