Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sungai Golok lepasi paras bahaya

27 NOV: Air Sungai Golok di Kelantan dilaporkan sudah melebihi paras bahaya selepas hujan tanpa henti sejak berapa hari lalu.

Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, sehingga jam 10 pagi tadi, paras air Sungai Golok berada pada bacaan 9.21 meter sekali gus melepasi paras bahaya iaitu 9 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Adni Ibrahim, berkata jika hujan lebat melebihi 60 milimeter, aras air meningkat bacaan kepada 10 meter sekaligus berlaku limpahan air di tebing.

Katanya, jika keadaan itu berlaku air sungai akan melimpah serta menyebabkan banjir terutama di kawasan rendah.

“Pihak kami akan terus membuat pemantauan dengan lebih kerap memandangkan paras air sudah melebihi tahap bahaya,” lapor BH Online.

Namun, Adni berkata, pihaknya sudah bersedia dengan kelengkapan logistik dan keanggotaan bagi menghadapi fenomena itu.

“Penduduk dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga dan membuat persiapan awal dengan menyimpan dokumen penting dan barangan berharga lebih awal,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 November 2017 4:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: