Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sunting gambar PM, pembantu kedai kasut dipenjara sehari

20 JULAI: Akibat menyunting serta memuatnaik gambar Perdana Menteri bersama wanita berpakaian menjolok mata di laman media sosial pada tahun lalu, seorang pembantu kedai kasut dihukum penjara sehari serta didenda RM3,500.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman pada hari ini ke atas orang kena saman (OKS), Muhammad Zaidi Abdullah, 40 yang mengaku bersalah atas tiga pertuduhan.

Zaidi didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Bagi tuduhan pertama dan kedua, Zaidi (foto) didenda masing-masing RM1,000 dan sekiranya gagal bayar boleh dipenjara sebulan.

Zaidi turut didenda RM1,500 dan berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar serta dihukum penjara sehari bagi pertuduhan ketiga.

Mengikut tuduhan pertama hingga ketiga, OKS dituduh menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui profil Facebook ‘Zaidi Zura’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Semua perbuatan berkenaan dilakukan pada jam 4.07 pagi, 3 Disember 2016, jam 6.31 petang, 5 Disember dan jam 7.35 petang, 6 Disember 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohd Sophian Zakaria manakala OKS diwakili peguam Adlizan Noor.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 July 2017 2:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: