Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Suruhanjaya Persempadanan tak perlu

Isu persempadanan semula kawasan pilihan raya terus jadi topik soalan ahli –ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat walaupun kerajaan sudah kerap menjawabnya.

Pada Selasa, ahli parlimen PKR Gombak Azmin Ali pula bertanya sama ada kerajaan bersedia untuk membentuk sebuah Suruhanjaya Persempadan, seperti di United Kingdom, semata-mata untuk mengendalikan persempadanan semula.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menjawab soalan tambahan itu berkata, kerajaan tidak mempunyai rancangan menubuhkan Suruhanjaya Persempadanan untuk mengendalikan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia tidak sesuai di Malaysia.

spr2Malah, tugas berkenaan sudah dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut syarat-syaratnya .

Katanya, menjadi tanggungjawab SPR untuk menjalankan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Pembentukan Suruhanjaya Persempadanan yang sama dengan yang di United Kingdom tidak sesuai di Malaysia.

“Kefahaman orang ramai mengenai perkara ini di sini juga berbeza,” katanya.

Shahidan berkata Perlembagaan Persekutuan mesti diubah untuk membenarkan mana-mana penambahbaikan atau pindaan pada persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“SPR mempunyai maksimum dua tahun untuk mengkaji dan menyelesaikan semula persempadanan. Jika terdapat mana-mana ruang untuk penambahbaikan atau isu-isu yang boleh dipersoalkan, ia terpulang kepada kita untuk mengutarakannya.

“Bagaimanapun, pada masa ini kami akan teruskan dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Shahidan.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kajian semula persempadanan perlu dilakukan setiap lapan tahun dan proses mesti diselesaikan dalam tempoh dua tahun. -19/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 November 2013 1:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: