Kategori Berita Antarabangsa

Suspek rempuh di Masjid Finsbury Park didedah

20 JUN: Suspek yang juga bapa kepada empat anak, iaitu Darren Osborne ditahan selepas dipercayai adalah pemandu van yang merempuh umat Islam di sebuah masjid di Finsbury Park di London, semalam.

Identiti individu berkenaan didedahkan kebanyakan media Britain, hari ini, susulan insiden yang mengorbankan seorang mangsa, selain mencederakan 10 yang lain.

Menurut laporan, penduduk tempatan menahan Osborne sebelum dia diserahkan kepada pihak polis.

Identiti Osborne selaku penyerang dalam kejadian itu turut dilaporkan oleh BBC, namun polis Metropolitan London enggan mendedahkan nama suspek sehingga dia dihadapkan ke mahkamah.

Suspek berkenaan boleh didakwa atas tuduhan mengeluarkan arahan, merancang atau berniat melakukan keganasan dan membunuh atau cubaan membunuh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 June 2017 11:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: