Kategori Berita Utama

Susu luput tarikh pun PAS jadikan modal PRK

Kalau PAS banyak isu untuk kempen di PRK Sungai Limau tentu mereka tidak spin pasal susu luput tarikh yang kononnya diberikan bersama bungkusan barangan lain oleh ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Rahim.

Lagipun, tarikh luput yang tertera di bawah tin adalah 26 Oktober 2013 bermakna baru tiga hari susu pekat itu luput.

Ramai tahu, susu pekat tidak mudah rosak atau basi apatah lagi jika baru beberapa hari melepasi tarikh luput.

mahfuzsusu

Mahfuz tunjuk susu tin yang sudah luput tarikh dalam sidang media di Sungai Limau, Selasa.

Azeez ketika ditemui di Parlimen, menjelaskan susu itu adalah untuk kegunaan jentera pilihanraya Rumah Baling dan Rumah Selangor yang berkempen di Sungai Limau.

“Barang-barang itu memang sudah sedia ada sebelum ini untuk kes-kes kecemasan seperti banjir atau bencana alam. Kita pun tidak tahu ia sudah luput. Lagipun, tidak benar jika tuduh saya memberikan susu itu kepada penduduk, kerana saya di Parlimen. Ia untuk kegunaan jentera Baling,” ujarnya.

Menurut beliau, kemungkinan ada yang membawa susu itu keluar dari Rumah Baling atau Rumah Selangor dan diterima individu yang kemudiannya dijadikan isu oleh PAS.

“Bagi saya, PAS tak ada modal kempen. (Datuk) Mahfuz (Omar) nak balas dendam sebab semalam di Parlimen saya tegurnya kerana berbohong dalam isu Baharom, ayah kepada Datuk Seri Jamil Khir yang mereka dakwa beri duit dan berdoa calon PAS menang,” katanya.

Katanya, amat memalukan jika Mahfuz, sebagai Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Pilihanraya PAS di Sungai Limau menjadikan isu susu itu untuk meraih sokongan pengundi. – 29/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 October 2013 6:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: