Kategori Berita Utama

Susulan konflik PAS-PKR, BN ada kelebihan di Selangor

14 MEI: Walaupun PAS masih sebahagian dari Kerajaan campuran di Selangor, Pakatan Harapan dilihat lemah selepas ketiadaan PAS sebagai sekutu politik.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata ketiadaan PAS bersama pakatan itu memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Bagaimanapun kuasa rakyat negeri itu adalah penentu kepada kerajaan mana yang akan terbentuk nanti,” lapor Sinar Online, Ahad.

Penganalisis politik itu mengulas kesan kepada Kerajaan Selangor susulan Majlis Syura Ulama PAS membatalkan hubungan politik dengan PKR pada 11 Mei lalu.

Dalam pada itu, Azizuddin (foto) melihat senario parti komponen BN di Selangor dianggap lemah serta terlalu bergantung kepada UMNO.

“Di Selangor juga masih banyak kerusi campuran, jadi BN masih ada banyak halangan dan cabaran untuk merampas Selangor.

“Satu lagi saya setuju yang pengundi Selangor banyaknya berpelajaran dan boleh berfikir kerajaan mana yang seharusnya dibentuk. Mereka tahu siapa yang mereka hendak pilih,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat pilihanraya awal di Selangor tidak perlu diadakan memandang PRU-14 semakin dekat.

“Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali masih ada kelebihan majoriti dua kerusi. Kelantan dan Perak serta Terengganu lebih kurang sama seperti Selangor sekarang jika PAS keluar,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 May 2017 3:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: