Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Swasta juga patut belanja berhemah

31 DIS: Sektor swasta digalakkan mencontohi keputusan Perdana Menteri yang mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, kata Penganalisis Politik UUM, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed. 

Menurut beliau, sudah tiba masanya semua pihak mengambil langkah untuk menguruskan perbelanjaan berhemah bagi memastikan ekonomi negara berjalan dengan lebih baik.

“Saya rasa sektor swasta juga boleh mengguna pakai kaedah yang sama untuk mengurangkan pembaziran bagi memastiakn ekonomi terus bergerak lancar,” katanya kepada bnbbc.my.

marthada

Marthada

Tambah beliau lagi dengan langkah yang diambil perdana menteri itu, ianya dapat membantu meringankan beban rakyat dengan menyalurkan perbelanjaan itu kepada mereka.

Dan beliau melihat ianya satu langkah yang wajar bertepatan dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

“11 langkah itu menunjukkan sektor awam juga tidak terlepas dengan kenaikan kos sara hidup yang didakwa hanya melibatkan rakyat dan sektor swasta, langkah PM menunjukkan beliau prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat.

“Sebab itu langkah ini dilihat proaktif dan menunjukkan sektor awam juga digesa untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu bagi menstabilka ekonomi negara,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Datuk Professor Mohd Yusof Kassim melihat perkara ini adalah satu langkah yang bijak terutamanya dalam mengurangkan defisit buat negara.

“Apa pun langkah yang diambil PM adalah baik, dan kita juga kena ingat yang ‘bussiness is still on’ dan sepatutnya soal kapal terbang mahal ke murah tidak perlu dijadikan isu sebab sudah ada langkah untuk mengurangkan perbelanjaan dan berhemah,” katanya yang juga merupakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

ramonratnam

Ramon Navaratnam

Walau bagaimanapun, bagi Tan Sri Ramon Navaratnam yang juga merupakan penganalisis ekonomi mengharapkan kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih tegas.

“Ini tidak cukup, tetapi satu permulaan yang baik, saya mengharapkan tindakan yang lebih kuat dan tegas.

“Dengan potong elaun dan lain-lain itu, berapa yang kerajaan boleh jimat? Itu kena beritahu, sebab ianya mungkin tidak cukup untuk menampung ekonomi negara yang berhadapan dengan inflasi ini,” jelasnya kepada bnbbc.my.

Dalam pada itu, beliau menggesa pihak kerajaan untuk mencari strategi bagi memperkukuhkan keadaan ekonomi negara dan mengurangkan kadar inflasi disamping mengambil lanngkah seperti yang diumumkan Najib semalam. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 December 2013 2:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: