Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Syamsul Debat sedia beri keterangan kepada polis

27 MAC: Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail bersedia memberi keterangan kepada polis ekoran tuduhan yang mengaitkan beliau mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita.

Lebih dikenali dengan panggil Syamsul Debat, penceramah itu berkata, beliau masih tidak tahu mengenai laporan polis yang sudah dibuat oleh seorang individu dan beliau masih belum dipanggil polis.

“Buat masa ini laporan polis dah dibuat dan saya sedia beri keterangan,” katanya sambil menafikan ada hubungan seperti dilaporkan media Ahad lalu.

Katanya, laporan media itu seolah-olah beliau sudah disoal siasat tetapi setakat ini, belum dipanggil polis.

“Jadi tidak tepatlah. Saya menafikan. Saya tak tahu apa punca tuduhan ini dan kenapa saya? saya kena bersihkan nama saya,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak tahu kandungan laporan polis itu, cuma berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambarnya seolah-olah merujuk kepada dirinya.

Syamsul Amri berkata pihaknya turut mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada media yang telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam kes terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2018 1:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: