Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Syarikat ada sijil digital SSM BizTrust lindungi pengguna

13 SEPT: Usahawan yang mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat pensijilan digital SSM BizTrust dengan sendirinya memberi perlindungan kepada pengguna daripada ditipu ketika berurus niaga secara dalam talian.

Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Produk SSM, Farid Ahmad, berkata LAZADA adalah pengendali tunggal portal e-dagang yang mewajibkan usahawan mendaftar perniagaan dengan SSM sebelum menjual produk menerusi portal itu.

“Selain menjamin kelancaran urus niaga, pendaftaran perniagaan dengan SSM dapat melindungi pengguna, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka membeli-belah menerusi portal itu.

“Ia berikutan penguatkuasaan dapat dilakukan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan, di samping lebih mudah menjejaki pihak yang melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Persidangan Usahawan E-Dagang di Pusat Persidangan Sunway di sini, hari ini.

Lebih 1,000 peserta menyertai persidangan julung kali diadakan itu, yang antara lain mendedahkan mereka terhadap kepentingan mendaftar perniagaan supaya sah dari segi undang-undang.

Dalam pada itu katanya, sejak dilancarkan 21 Julai lalu, hanya 81 syarikat daripada lebih 57,000 syarikat perniagaan dalam talian telah berdaftar dan memperolehi sijil tersebut.

Beliau berkata, pendaftaran secara percuma masih dibuka sehingga 30 Sept ini dan pihaknya berharap peniaga mengambil peluang berbuat demikian untuk mendapatkan sijil berkenaan.

“Selepas 30 Sept, setiap pendaftaran akan dikenakan bayaran tertentu mengikut kategori yang ditetapkan,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 6:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]