Kategori Berita Utama

Syarikat kawalan keselamatan masih operasi

Syarikat kawalan keselamatan yang dibatalkan lesen setelah seorang pengawalnya terbabit dalam kes merompak dan menembak mati pagawai Ambank di USJ, Subang Jaya dikesan masih beroperasi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis memaklumkan, sehubungan dengan itu beliau mengarahkan Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengunjungi ibupejabat syarikat berkenaan bagi memastikan semua cawanganya di seluruh negara berhenti beroperasi.

“Saya ingin mengingatkan walaupun jika ada kontrak kawalan keselamatan syarikat itu yang masih berjalan (belum luput tarikh) secara automatik kontrak berkenaan adalah terbatal dan tidak sah dengan pembatalan lesennya.”

zahidjari“Jika mereka terus beroperasi, bermakna mereka beroperasi secara haram dan boleh dikenakan tindakan undang-undang manakala pelanggan syarikat itu pula dianggap menggunakan perkhidmatan haram,” kata Zahid.

Menurut Dr. Ahmad Zahid lagi, tempoh untuk syarikat itu membuat rayuan terhadap keputusan KDN juga sudah tamat semalam, dan tiada sebarang permohonan dikemukakan kepada kementeriannya.

Sehubungan itu, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN akan mengambil tindakan mengikut syarat-syarat perlesenan serta

jika mereka berdegil terus beroperasi.

Ditanya mengenai kelengkapan persenjataan syarikat berkenaan di seluruh negara, Dr. Ahmad Zahid berkata semuanya akan disita.

Tambah beliau lagi semua pelanggan syarikat itu akan dimaklumkan secepat mungkin, manakala nasib pekerjanya yang lain adalah tanggungjawap syarikat itu sendiri.

Dr. Ahmad Zahid turut memaklumkan, KDN terpaksa bertegas kerana semakan menunjukkan syarikat berkenaan sebenarnya telah melakukan tiga kesalahan serius sebelum ini.

Ia termasuk menggaji pendatang asing tanpa izin sebagai pengawal selain menggaji individu yang mempunyai rekod jenayah.

Dr. Ahmad Zahid ditemui selepas melancarkan penubuhan Jaringan Pemidato @Malaysia di Bangunan Parlimen.

Objektif Jaringan Pemidato ialah untuk mengumpul dan menyediakan platform untuk pemidato dari pelbagai bangsa di seluruh negara.

Ia terbuka kepada semua dan orang ramai yang berminat boleh mendaftar secara online secara percuma.-31/10/2013.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 October 2013 12:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: