Kategori Ekonomi

Syarikat pertengahan digesa bantu rangsang pertumbuhan ekonomi

12 FEB:  Kerajaan menggesa kalangan syarikat pertengahan supaya membantu merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan sumbangan mereka kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 30 peratus pada masa ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata 2015 akan menjadi tahun yang lebih mencabar berikutan pertumbuhan ekonomi dunia yang sederhana dan penurunan harga minyak, kerajaan terus berusaha untuk mengekalkan dan merangsang ekonomi.

mustapa-mohamedIni termasuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam kalangan syarikat pertengahan, katanya pada pelancaran Program Pembangunan Syarikat Pertengahan di sini hari ini.

Program itu selama lapan tahun, yang bermula pada Januari tahun lalu, bertujuan membangunkan syarikat pertengahan dengan jumlah dagangan antara RM50 juta dan RM500 juta bagi sektor pembuatan dan antara RM20 juta dan RM500 juta bagi sektor perkhidmatan.

Mustapa berkata hanya ada 9,900 syarikat pertengahan di Malaysia berbanding 662,939 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Syarikat pertengahan membentuk satu peratus daripada pertubuhan di Malaysia tetapi menyumbang 30 peratus kepada KDNK dan 22 peratus kepada tenaga kerja,” katanya.

Syarikat pertengahan dapat memberi sumbangan yang ketara kepada KDNK, perlu ada dasar yang mempunyai nilai tambah dan saling melengkapi untuk membantu mereka meningkatkan daya saing, terutamanya bagi pasaran eksport, tambahnya.

Dalam kumpulan pertama program itu (dari Januari 2014 hingga Februari tahun ini), 44 buah syarikat yang mengambil bahagian mengeksport produk bernilai RM120 juta.

Program itu juga bertujuan melahirkan 480 buah syarikat pertumbuhan tinggi, 60 juara serantau dan 21,000 pekerjaan berpendapatan tinggi serta meningkatkan sumbangan syarikat pertengahan kepada KDNK kepada RM6 bilion dan nilai eksport mereka kepada RM15 bilion menjelang 2021.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 7:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: