Kategori Berita Utama

Syarikat tempatan digalak jalin kerjasama dengan pihak industri negara luar

21 MEI: Syarikat tempatan di negara ini digalakkan mengada kerjasama dengan pihak industri dari negara luar dalam pelbagai bidang yang dilihat bukan sahaja mampu meningkatkan kualiti produk mereka tetapi turut membuka peluang pasaran yang besar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut perlu dijadikan antara keutamaan bagi syarikat-syarikat tempatan dalam merancang pelan pembangunan perniagaan mereka pada masa depan.

Tegasnya, kerajaan sentiasa menggalakkan kerjasama seumpama itu sskaligus memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara melalui peningkatan pelaburan langsung asing (FDI).

“Usaha untuk meningkatkan pembangunan perniagaan dan ekonomi negara, saya merasakan kita memerlukan komitmen daripada para peniaga dan para pengeluar.

“Kita perlu ada pelan jangka panjang dalam mengembangkan perniagaan bukan hanya untuk pasaran tempatan tetapi juga pasaran dk peringkat global,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran empat model baharu motosikal dan empat kenderaan perniagaan kecil keluaran Demak di DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. (DNC Asiatic) di Pusat Perindustrian Olak Lempit, Banting Kuala Langat Selangor hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi DNC Asiatic, Datuk Seri Feona Wan Junaidi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd. Shariff.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Demak Green-Tech Sdn. Bhd., merupakan anak syarikat DNC Asiatic dengan Qingdao Aucma Import & Export Co. Ltd. (Qingdao Aucma) yang merupakan sebuah syarikat pengeluar peti sejuk terbesar di China.

Kerjasama itu merupakan antara inisiatif DNC Asiatic bagi membangunkan kenderaan perniagaan sejuk beku sekaligus meneroka pasaran dalam perkhidmatan rangkaian pernaiagaan itu di Malaysia dan rantau Asean.

DNC Asiatic diwakili Oleh Feona manakala Qingdao Aucma diwakili oleh Pengerusinya, Zhang Bin.

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut memberikan contoh bagaimana kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited menarik kehadiran pelaburan dari luar negara ke negara ini termasuklah pelaburan bernilai RM31 bilion daripada China.

“Selain itu, saya juga amat mengharapkan melalui kerjasama syarikat tempatan dengan syarikat dari negara luar atau pelaburan asing yang masuk perlulah mengutamakan rakyat tempatan sebagai sumber tenaga utama,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 May 2017 6:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: