Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Syed Abas speaker baru DUN Sabah

3 OGOS : Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Beliau mengambilalih jawatan dari speaker ke sembilan, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang dilantik ke kabinet syed abas syed alisebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia 28 Julai lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang membuat pengumuman itu berkata, Syed Abas yang kini pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, syarikat milik kerajaan negeri dijangka mengambilalih tugas barunya Jumaat ini.

“Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik dan kerajaan serta telah memegang jawatan penting dalam pelbagai agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan,” kata kenyataan Musa.

Syed Abas, 68 tahun berkelulusan “Bachelor of Science (Hons) in Applied Economics’ dari East London University.

Beliau terpilih sebagai ADUN Balung pada 1978 hingga 1981 mewakili parti Berjaya dan mulai pilihanraya 2004 sehingga kini di bawah bendera UMNO.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 8:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: