Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Syed Ali selar SR dakwaan dana risikan RM7j

8 JULAI: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar Sarawak Report kerana seringkali membuat tohmahan.

Menurut Syed Ali, Sarawak Report tidak sepatutnya sewenang-wenangnya membuat dakwaan tanpa sebarang bukti.

Oleh itu, tegas Syed Ali Sarawak Report perlu tampil membuat laporan berhubung dakwaan tersebut.

Sarawak Report antara lain, mendakwa Najib membayar RM7 juta kepada “Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (BSPP)” pada 8 April 2013, kira-kira sebulan sebelum PRU yang diadakan pada 5 Mei 2013.

BSPP adalah agensi perisikan bersama Angkatan Tentera Malaysia. Ia melaporkan terus kepada penglima angkatan tentera.

“Kalau benda itu betul, pergilah lapor dan ambillah tindakan, masalahnya dia orang ini buat tohmahan tapi tak ada benda yang kukuh,” kata Syed Ali kepada media ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut.

“Sekiranya mereka ada bukti buatlah laporan dan ambil tindakan, kenapa pula setiap kali ada tohmahan dia terima itu, dia terima ini. Sama ada benda ini betul atau tidak, inilah yang menjadi tohmahan ataupun fitnah,” katanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya “tidak ada apa-apa untuk disembunyikan” dan kementerian terbabit “tidak pernah dipolitikkan”.

“Jadi, jika ada langkah diambil untuk siasatan, biarkan mana-mana agensi siasat.

“Biarkan siasatan (dijalankan) kerana kita bukan mahu memutar-belit dan membuat spekulasi, tetapi saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan,” Hishammuddin dilaporkan berkata kelmarin.

Sebelum itu Syed Ali merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Cheras di Kuala Lumpur.

Syed Ali dalam ucapan perasmiannya mahu anggota UMNO fokus kepada gerak kerja pilihanraya umum (PRU) yang akan datang bagi memastikan kemenangan tetap berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan sokongan anggota sahaja tidak menjamin kemenangan malah perlu berusaha terus meraih sokongan rakyat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 July 2017 3:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: