Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Syed Saddiq ajar Dr M hormat Bangsa Johor

24 OGOS : Juara debat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nampaknya naik angin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan istilah Bangsa Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa keruntuhan persekutuan.

Syed Saddiq vs Dr MahathirSyed Saddiq yang dilihat selalu bersama dengan parti baharu diterajui bekas perdana menteri itu, PRIBUMI itu cuba memperlihatkan kepandaian apabila mengajar Dr Mahathir pula mengenai erti kebangsaan sebenar.

“Saya amat menghormati Tun, tetapi kali ini saya tidak bersetuju dengan pendapat Tun tentang bangsa Johor.

“Bangsa Johor tidak seharusnya dilihat sebagai agen perpecahan. Ia diwujudkan untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa dalam negeri untuk bernaung di bawah payung yang sama dan menaikkan semangat kami untuk bekerjasama menaikkan ekonomi dan nama Johor yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada negara,” tulis Syed Saddiq, seorang anak jati yang dilahir dan dibesarkan di Johor dalam akaun Facebooknya pada Rabu.

Beliau yang merupakan salah seorang daripada anggota jawatankuasa pro-tem PRIBUMI yang diasaskan Dr Mahathir juga berkata, Bangsa Johor memberikan manfaat kepada negara.

Katanya lagi, rakyat amat memerlukan identiti negeri sebagai ‘satu jaring keselamatan’ apabila nasionalisme ‘diperalatkan oleh mereka yang berkuasa’.

“Memang senang untuk kita meminta orang lain mengenepikan identiti negeri apabila kita yang dapat mengaut keuntungan. Bagaimana dengan rakyat Sarawak yang telah terasing buat berpuluh tahun?

“Bagaimana pula dengan rakyat Kelantan yang kehilangan berbillion ringgit dek kerana royalti minyak?

“Kita sering mengharapkan kerabat diraja Johor untuk melakukan sesuatu dan menyelamatkan Malaysia. Tetapi adakah kita bersedia untuk melakukan pengorbanan yang sama?

“Bagaimana pula kerabat diraja yang lain?,” soalnya.

Syed Saddiq merujuk kenyataan Dr Mahathir bahawa semangat kebangsaan negeri seperti bangsa Johor adalah tidak sihat untuk Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.

Dr Mahathir hari ini menegaskan, semua negeri perlu memperjuangkan semangat sebagai rakyat Malaysia, bukan sebagai rakyat negeri berbeza

Ini kerana katanya, hanya melalui perpaduan sahajalah, Malaysia akan makmur.

Share This:




Berita Bertarikh pada 24 August 2016 10:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]