Kategori Berita Utama

Syiah: Bersediakah Mat Sabu jika Zahid tunjuk bukti?

8 DIS :Sudah banyak kali laporan Mohamad Sabu dikaitkan dengan Syiah.

Malah, timbalan Presiden PAS itu tidak mahu menjawab dakwaan yang dilemparkan kepada beliau.

Lebih malang, beliau menuduh isu mengaitkan beliau dengan fahaman Syiah, hanyalah permainan media.

Sebab itu, Mohamad atau Mat Sabu enggan mengulas kononnya beliau mengamalkan ajaran Syiah.

matsabuzahid

Pertembungan Mat Sabu dengan Zahid dalam isu Syiah

Bagaimanapun, dalam PAS, banyak kali juga isu Syiah dibangkitkan,

Barangkali, ada juga kalangan pemimpin PAS percaya dakwaan terhadap Mat Sabu  itu mungkin ada benarnya.

Antara pernah menyebut mengenai kewujudkan Syiah dalam PAS adalah Nik Abdul anak Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cuma beliau tidak menyebut nama Mat Sabu seperti mana dilakukan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO pada Sabtu.

Naib Presiden UMNO itu walaupun tidak menamakan Mat Sabu tetapi apabila beliau merujuk kepada orang nombor dua PAS tentunya yang dimaksudkan Mat Sabu.

Apa yang menghairankan, kali ini Mat Sabu melenting dengan perakuan Zahid dan beliau dikatakan mahu menyaman Menteri Dalam Negeri itu.

Sudah kebiasaan di negara ini, menyaman sesaorang yang membuat dakwaan atau tuduhan yang menjejaskan kredibiliti bukan sesuatu yang asing.

Tindakan itu selalunya sebagai usaha mengalang perkara yang disebutkan itu terus disiarkan atau didebatkan.

Dalam kes Mat Sabu ini, beliau jika jadi menyaman Zahid tentunya sebagai langkah menghalang menteri berkenaan daripada terus mengeluarkan apa-apa kenyataan mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah.

Mat Sabu mungkin fikir dirinya beruntung kerana Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini turut menyokong jika benar Mat Sabu mahu menyaman Zahid.

Menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai serangan peribadi yang keterlaluan, Mustafa seperti dilaporkan Harakah, menyokong usaha Mat Sabu mengambil tindakan undang-undang ke atas Naib Presiden UMNO itu.

Menurut Mutafa,  sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mat Sabu.

Kini, keputusan ditangan Mat Sabu.

Beliau sudahpun dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.

“Saya Ahli Sunnah Wal Jama’ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” tegas Mat Sabu.

Dalam pada itu, sesuatu juga harus dipelajari Mat Sabu kerana tindakan saman akan diikuti dengan perbicaraan.

Dalam perbicaraan kelak tentu ada bukti-bukti yang akan dikemukakan di mahkamah oleh Zahid jika beliau mahu mempertahankan diri bagi membuktikan dakwaannya itu benar.

Sesetengah orang takut perbicaraan di mahkamah kerana khuatir ada bukti-bukti yang akan ‘melondehkan’ mereka sendiri.

Zahid tentunya tidak bercakap kosong atau membuat kenyataan semata-mata mahu menyedapkan hati perwakilan dan ahli-ahli UMNO.

Ibarat pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Jika Zahid sudah bersedia dengan segala bukti sehingga beliau berani meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengambil tindakan,  persoalannya di sini adakah Mat Sabu juga sudah bersedia jika Zahid tampil dengan bukti-bukti menguatkan hujahnya di mahkamah bahawa Timbalan Presiden PAS itu memang terbabit ajaran Syiah? – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2013 11:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: