Kategori Berita Utama

Syiah: Zahid harap Mat Sabu tidak bertaqiyyah

12 DIS:  Setelah 10 dalil yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap ‘ayam sabung’ pembangkang itu tidak bertaqiyyah.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dalam nada sinis berkata, memang sudah menjadi sifat pengikut fahaman Syiah untuk bertaqiyyah atau hipokrit dengan berpura-pura mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan kepercayaan sebenar dalam hati mereka berkiblatkan ideologi serta imam-imam Syiah.

ZAHID harap Mat Sabu tidak mengamalkan taqiyyah atau berselindung lagi setelah KDN mendedahkan 10 bukti yang boleh kaitkan beliau dengan Syiah.

ZAHID harap Mat Sabu tidak mengamalkan taqiyyah atau berselindung lagi setelah KDN mendedahkan 10 bukti yang boleh kaitkan beliau dengan Syiah.

Dr Ahmad Zahid berharap Mohamad Sabu atau Mat Sabu bukan sebahagian daripada kalangan mereka yang bertaqiyyah berhubung penglibatannya dalam fahaman Syiah.

Taqiyyah bermaksud perisai atau perlindungan bertujuan melindungi keselamatan, kehormatan diri dan harta seseorang daripada bahaya musuh dengan menyembunyikan kepercayaan atau aqidah sebenar.

Islam membenarkan taqiyyah dalam keadaan darurat seperti peperangan, tetapi ajaran Syiah membenarkan ia diamalkan sepanjang masa malah menganggap ia wajib dan meninggalkan taqiyyah sama seperti meninggalkan solat.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 December 2013 11:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: