Kategori Berita Antarabangsa

Syria tembak jatuh 13 peluru berpandu

14 APRIL: Siaran televisyen Syria menyatakan sistem pertahanan udara negara itu menembak jatuh 13 peluru berpandu yang dibedil dalam serangan diketuai Amerika Syarikat.

Menurut laporan itu, peluru berpandu ditembak jatuh di Kiswah, selatan Damsyik.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Syria menyatakan serangan mengenai tiga pusat penyelidikan saintifik iaitu dua di Damsyik dan satu di Homs selain pangkalan tentera di Damsyik.

Menurut pertubuhan itu, semua pusat penyelidikan dan pangkalan tentera terbabit sudah dikosongkan oleh kerajaan Syria sejak beberapa hari lalu. – Reuters

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 April 2018 11:29 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: